Air Limau Asamboi

Friday, April 23, 2010



Bahan:
Limau Kasturi
Asamboi merah
Gula

Caranya:
Perahkan limau kasturi ke dalam air. Kemudian masukkan asamboi merah. Biarkan 15-30 minit. Masukkan gula atau air gula. Untuk lebih sedap masukkan sedikit ais.

Peyek Udang

Wednesday, April 14, 2010




Bahan:
500 gm             udang kertas besar
3 sudu              tepung gandum
3 sudu              tepung jagung
3 sudu              tepung beras
1 biji                 telur
2 sudu besar     biji ketumbar
2 sudu besar     jintan manis
1 sudu besar     jintan putih
2 ulas               bawang merah
2 ulas               bawang putih
1 sudu kecil     serbuk kunyit
½ cawan          air
Garam secukup rasa

Caranya:
Biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang putih di tumbuk kasar. Hiriskan bawang merah. Gaulkan udang yang telah dibuang kulitnya dengan bahan yang ditumbuk tadi. Campurkan garam, bawang merah, serbuk kunyit, telur dan ketiga tepung serta air tadi. Masukkan beberapa titik minyak. Gorengkan dengan minyak yang panas. Hidangan boleh dimakan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

Tempe Goreng Sambal


Bahan:
4 paket tempe
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
3 sudu besar gula
3 sudu besar sos cili
10 ekor ikan bilis
Garam secukup rasa

Caranya:
Tempe dipotong sederhana nipis. Gaulkan dengan garam kemudian digorengkan. Tumiskan bawang bersama ikan bilis hingga kekuningan. Masukkan cili, tumis hingga garing. Tambahkan gula dan akhirnya masukkan sos cili. Biarkan sambal pekat sedikit kemudian masukkan garam dan tempe. Gaul hingga rata.

Chocolate Moist Cake

Tuesday, April 13, 2010


Satu lagi resepi kek yang aku dapat dari Kak Midah. Memang sedap. berbaloi-baloi...cuba try test..





Bahan:
Mentega                         250gm
Gula kastor                    300gm
Telur                               6 biji
Tepung naik sendiri     250gm
Esen vanilla                   1 sudu kecil

 Air                                 ½ cawan   
Serbuk koko                 1 cawan           masak hingga pekat
Gula kastor                   1 cawan


Cara-caranya:
Putih telur dipukul hingga kembang. Air, serbuk koko dan gula dimasak hingga pekat. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan kuning telur satu persatu. Masukkan koko pekat. Masukkan putih telur. Campurkan tepung kemudian masukkan sedikit demi sedikit hingga adunan sebati. Bakar pada suhu 150 – 170 Celcius selama 45-55 minit. Jika kukus memerlukan 2 jam.

 

Flourless Chocolate Cake

I love chocolate cake. kalau yg dari Secret Recipe lagi la...waduh sedap seh! Sebelum ni aku ada google pakcik youtube so terjumpa la resepi kek coklat ni. Hari ni aku nak kongsi resepi Flourless Chocolate Cake...ye tanpa tepung...kenapa? tak percaya?...percayalah (nyanyi mcm Dato' Siti ...hehe)...kek ni kalau disimpan lagi lama lagi sedap...boleh juga dimakan bersama ais krim..yummy! nak tahu resepinya?...

         walaupun rupamu hitam tetapi rasamu tetap menjadi pojaan hatiku

                                                                      

Bahan:
250 gm mentega
250 gm coklat masakan
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
6 biji telur
½ sudu kecil esen vanilla

*jika suka boleh tambahkan 2 sudu besar tepung gandum

Caranya:
Cairkan mentega bersama coklat masakan. Campurkan serbuk koko bersama gula kastor. Masukkan telur ke dalam campuran serbuk koko tadi. Kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kemudian masukkan pula mentega yang telah dicairkan bersama coklat tadi. Masukkan ke dalam dulang pembakar. Bakar – 45 - 60 minit dgn suhu 175 C.

 Untuk hiasan boleh taburkan gula aising di atasnya.

Retak Seribu

                                     retak seribu

pernah rasa tension, geram, marah, kecewa?...kalau dah namanya manusia mesti ada perasaan tu....kalau takde tu bukan manusia ler tu...tanggal 11 April 2010...perkara yang tidakku sangka terjadi...cermin kereta aku pecah...retak seribu...oh tidak! masa tu betapa berkecainya perasaan ni....semua perasaan tension, geram, marah, kecewa bercampur-campur....nasib baik bukan windscreen...kalo windscreen mmg pengsan....dah ler fulus tengah nipis..mana nak cekau duit...tension betol! cermin pecah kena batu time mesin rumput...tak pasti aku nak salahkan sapa..aku or pakcik tu?...salah aku kah sebab tak ubah kereta? salah pakcik tu kah sebab mesin tak hati-hati sampai batu terpelanting kena cermin?...of coz aku salahkan pakcik tu sebab tak hati-hati masa mesin rumput...

                                 cermin retak yang dikeluarkan

hmm benda dah nak jadi...terpaksa la mintak cuti sehari...so aku gi la cari kedai nak pasang cermin...takda stok lak....so booking la....esoknyer aku menanti panggilan telefon kedai...tunggu punya tunggu tak call jugak..adus maka naiklah temperature aku time tu...bila call org tu kata nak pasang esok.. ewah suka suki dia jer nak pasang esok...dah la aku keja...so terpaksa la pasang jugak...alhamdulillah dapat jugak pasang...aku suka hati...:))



                                                                                   

Donat Seri Rasa

Friday, April 9, 2010

Aku suka makan donat. Donat yang pernah aku makan dari Dunkin Donuts dan Krispy Kreme. Of coz la sedap dan mahal la jugak. Kalau nak beli selalu memang takleh la sebab pertama kat sini takde Dunkin Donuts dan Krispy Kreme, sebab kedua mahal. Sebenarnya nak buat bukan susah..hehehe..memang pernah buat la dulu tapi idak ler macam Dunkin Donuts dan Krispy Kreme. kali ni pernah kali aku makan donut yang dicampurkan dengan kentang. ye kentang. mungkin aku yang perak buih sabun Fab kot. ye la kan selama ni buat donat mana pernah bubuh kentang. ke aku sorang jer yang tak tau selama ni?... rupanya itu yang menyebabkan donat tu lembut dan gebu. panas atau sejuk donat masih lembut. kenapa tak percaya? kalau tak percaya cuba resepi onat yang akan aku bagi nanti. Sebelum ni Kak Seri, staf sekolah ni ada bagitau yang buat donat bubuh kentang so hari ni Kak Midah cuba buat donat yang dicampurkan kentang tu. memang sedap. Banyak aku makan (habis la diet aku). Oklah nanti aku tepekkan resepi donat tu yer.



Bahan-Bahan:

½ kg tepung gandum
1 paket yis Mauripan
2 sudu susu pekat (boleh juga guna susu tepung)
2 sudu mentega
1 biji telur
2 biji kentang (direbus dan dilenyek halus)
garam secukup rasa
air
gula aising atau coklat masakan


Cara:

  1. Serbuk yis dilarutkan ke dalam air suam.
  2. Gaulkan sebati tepung gandum bersama susu pekat, marjerin, telur, kentang dan garam.
  3. Masukkan larutan yis tadi dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh lembut.
  4. Simpan doh selama ½ jam sehingga ia kembang. Perlu ditutup dengan kain lembab atau penutup.
  5. Uli doh kemudian bentukkan seperti gelang atau cincin.
  6. Setelah digoreng, toskan dan golekkan atas gula aising. Jika suka coklat boleh juga disalutkan dengan coklat masakan yang telah dicairkan bersama mentega.

Selamat mencuba


p/s- resepi diambil dari mesra.net

Biskut Nestum Easy

Resepi ni aku dapat dari KaK Midah. Kak Midah plak dapat resepi ni dari sepupu dia. Memang sedap la biskut ni. Cuba ler buat memang tak rugi. Berbaloi-baloi..hehehe.



Bahan:

1 cawan mentega

1 cawan gula halus

1 cawan tepung gandum

1 cawan tepung jagung

½ sudu teh esen vanilla

1 sudu teh baking powder

2 biji telur

200 gm Nestum

4 sudu besar Nestum (salut)

Coklat chip (hiasan)


Caranya:

Pukul mentega dan gula. Masukkan telur dan pukul lagi. Kemudian masukkan esen vanilla. Tepung gandum dan tepung jagung diayak bersama baking powder. Campurkan bahan kering ke dalam adunan mentega tadi. Masukkan nestum ke dalam bahan.Gaulkan hingga sebati mengikut doh yang dikehendaki. Pastikan doh tidak terlalu keras. Bentukkan doh mengikut saiz dengan menggunakan sudu dan kemudian salutkan dgn lebihan nestum. Kemudian bakar dengan suhu 170 Darjah C selama 20 minit.

Kak Midah

Kak Midah

Hari aku nak citer sikit mengenai Kak Midah. Kak Midah ni PPM kat sekolah ni. Very nice person and talented too. Buat la masakan apa pun mesti jadi. Apa jer dari air tangan Kak Midah memang sedap la. Kak Midah ni pandai melukis. Kalau bab melukis memang serah kat dia la. Aku suka kalau Kak Midah mewarna. Memang cantik siap ada tone lagi. Memang best jadi Kak Midah. Kemahiran melukis, mewarna dan memasak memang aku kagum. Resepi dan petua masakan banyak aku dapat dari Kak Midah la. Aku dan Kak Midah memang suka mencuba resepi baru. Kadang-kadang berkongsi resepi. Bila dapat jer resepi baru kami mesti cuba buat. Bila dah siap yang jadi tukang rasa anak-anak murid aku la. Diaorang makan jer apa yang kami masak...setakat memang sedap la..hehe.Ok enough for today. Nanti aku bagi resepi yang pernah kami buat.

Dimulakan Dengan Bismillah...

Thursday, April 8, 2010

Bismillahirrahmanirahim....

Assalamualaikum...

First time menceburkan diri dalam blog ni. Selama ni selalu baca blog orang jer tp skrg aku akan cuba jd blogger lak. Kat sini aku akan cuba story about myself and kongsi resepi masakan yang pernah aku cuba. Selalunya aku suka search resepi-resepi masakan ni atau dapatkan daripada kawan-kawan.Lepas dah cuba aku akan simpan resepi dan compilekan. Ada beberapa resepi yang telah aku cuba dan aku akan kongsikan dari masa ke semasa. That's all for today. I will keep you update.

IamonlyHuman's BloG Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino