Ayam Oren

Sunday, August 8, 2010


Bahan-bahan:
500 g                    isi ayam
4 sudu besar         tepung jagung
4 sudu besar         tepung gandum
2 biji                     telur
garam

1 1/2 cawan          jus oren
2 sudu besar         kicap cair
1 sudu besar         gula
1 sudu besar         tepung jagung
1 ulas                   bawang putih (dicincang)
1 hiris                   halia (dicincang)
2 batang               daun bawang


 Caranya:
1. Gaulkan ayam dan garam secukup rasa. celupkan isi ayam pada tepung gandum kemudian ke dalam telur dan ke dalam tepung jagung. Gorengkan ayam kemudian toskan.
2. Tumis bawang putih dan halia. Masukkan bancuhan oren, kicap dan tepung jagung. Biar hingga pekat. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati dan kuah menjadi pekat. Taburkan daun bawang.

Ayam Lada Hitam

Bahan-bahan
500 g             isi ayam ( hiris nipis 2 - 3cm )
1/2 biji           cili benggala hijau ( potong dadu)
1/2 biji           cili benggala merah (potong dadu)
1 batang        daun bawang
1 ulas            bawang putih ( dicincang)

2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil  lada putih


Caranya:
1. Gaulkan garam pada ayam. Gorengkan isi ayam. Kemudian angkat dan ketepikan.
2. Rebus cili benggala hingg empuk. toskan.
3. Tumiskan bawang putih dan daun bawang kemudian masukkan isi ayam dan cili benggala tadi bersama sos tiram, kicap pekat, lada hitam dan lada putih.
4. Masak hingga kuahnya pekat.

Air Limau Asamboi

Friday, April 23, 2010



Bahan:
Limau Kasturi
Asamboi merah
Gula

Caranya:
Perahkan limau kasturi ke dalam air. Kemudian masukkan asamboi merah. Biarkan 15-30 minit. Masukkan gula atau air gula. Untuk lebih sedap masukkan sedikit ais.

Peyek Udang

Wednesday, April 14, 2010




Bahan:
500 gm             udang kertas besar
3 sudu              tepung gandum
3 sudu              tepung jagung
3 sudu              tepung beras
1 biji                 telur
2 sudu besar     biji ketumbar
2 sudu besar     jintan manis
1 sudu besar     jintan putih
2 ulas               bawang merah
2 ulas               bawang putih
1 sudu kecil     serbuk kunyit
½ cawan          air
Garam secukup rasa

Caranya:
Biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, bawang putih di tumbuk kasar. Hiriskan bawang merah. Gaulkan udang yang telah dibuang kulitnya dengan bahan yang ditumbuk tadi. Campurkan garam, bawang merah, serbuk kunyit, telur dan ketiga tepung serta air tadi. Masukkan beberapa titik minyak. Gorengkan dengan minyak yang panas. Hidangan boleh dimakan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

Tempe Goreng Sambal


Bahan:
4 paket tempe
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
3 sudu besar gula
3 sudu besar sos cili
10 ekor ikan bilis
Garam secukup rasa

Caranya:
Tempe dipotong sederhana nipis. Gaulkan dengan garam kemudian digorengkan. Tumiskan bawang bersama ikan bilis hingga kekuningan. Masukkan cili, tumis hingga garing. Tambahkan gula dan akhirnya masukkan sos cili. Biarkan sambal pekat sedikit kemudian masukkan garam dan tempe. Gaul hingga rata.

Chocolate Moist Cake

Tuesday, April 13, 2010


Satu lagi resepi kek yang aku dapat dari Kak Midah. Memang sedap. berbaloi-baloi...cuba try test..





Bahan:
Mentega                         250gm
Gula kastor                    300gm
Telur                               6 biji
Tepung naik sendiri     250gm
Esen vanilla                   1 sudu kecil

 Air                                 ½ cawan   
Serbuk koko                 1 cawan           masak hingga pekat
Gula kastor                   1 cawan


Cara-caranya:
Putih telur dipukul hingga kembang. Air, serbuk koko dan gula dimasak hingga pekat. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla dan kuning telur satu persatu. Masukkan koko pekat. Masukkan putih telur. Campurkan tepung kemudian masukkan sedikit demi sedikit hingga adunan sebati. Bakar pada suhu 150 – 170 Celcius selama 45-55 minit. Jika kukus memerlukan 2 jam.

 

Flourless Chocolate Cake

I love chocolate cake. kalau yg dari Secret Recipe lagi la...waduh sedap seh! Sebelum ni aku ada google pakcik youtube so terjumpa la resepi kek coklat ni. Hari ni aku nak kongsi resepi Flourless Chocolate Cake...ye tanpa tepung...kenapa? tak percaya?...percayalah (nyanyi mcm Dato' Siti ...hehe)...kek ni kalau disimpan lagi lama lagi sedap...boleh juga dimakan bersama ais krim..yummy! nak tahu resepinya?...

         walaupun rupamu hitam tetapi rasamu tetap menjadi pojaan hatiku

                                                                      

Bahan:
250 gm mentega
250 gm coklat masakan
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
6 biji telur
½ sudu kecil esen vanilla

*jika suka boleh tambahkan 2 sudu besar tepung gandum

Caranya:
Cairkan mentega bersama coklat masakan. Campurkan serbuk koko bersama gula kastor. Masukkan telur ke dalam campuran serbuk koko tadi. Kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kemudian masukkan pula mentega yang telah dicairkan bersama coklat tadi. Masukkan ke dalam dulang pembakar. Bakar – 45 - 60 minit dgn suhu 175 C.

 Untuk hiasan boleh taburkan gula aising di atasnya.

IamonlyHuman's BloG Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino